FESTIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM TADIKA ISLAM MAIWP MAMPU CUNGKIL BAKAT MURID

Saiz Tulisan :

kecik

19 September 2018- Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP telah mengadakan Festival Kesenian Dan Kebudayaan Islam (FKKI) 2018 bagi murid-murid Tadika Islam MAIWP Cawangan Kuala Lumpur.

Festival ini merupakan acara tahunan bagi Tadika Islam MAIWP bertujuan untuk mencungkil bakat sedia ada murid , mengembangkan potensi yang ada dalam diri murid-murid serta memupuk sifat keberanian di dalam diri murid-murid.

Sebanyak 5 acara telah di pertandingkan dalam festival kali ini iaitu acara Azan, Hafazan, Choral speaking, Kuiz dan Nasyid. FKKI kali ini telah dimulai dengan zon titiwangsa yang melibatkan seramai 394 orang murid daripada Tadika Islam MAIWP Zon Titiwangsa.

Majlis Perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rodzi Bin Osman, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP. Semoga dengan adanya program seperti ini mampu menjadikan Tadika Islam MAIWP lebih cermelang dimasa akan datang.

ACARA_AZAN.JPGFKKI_.1.JPGFKKI_TADIKA.JPGkecik.jpgFKKI.JPGFKKI_2018.JPGFKKI_TADIKA_2018.JPGACARA_KUIZ.JPGFKKI_TADIKA_MAIWP.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!