BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PONDOK MODEN AL-‘ABAQIRAH

Saiz Tulisan :

kecik

KUANTAN – Seluruh kakitangan Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) menyertai Bengkel Pemantapan Pengurusan yang berlangsung pada 8 hingga 10 September 2018.

Bengkel tersebut bermatlamat bagi memperkasa proses kemahiran dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran PMA. Bengkel ini juga bertujuan membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan pendidik dan kakitangan pentadbiran di samping merangka aktiviti untuk memimpin para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang bengkel adalah slot bersama Puan Yang Roziah binti Yaacob, pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, Perak. Beliau memberi penerangan tentang kaedah pengajaran berkesan yang sesuai diaplikasikan oleh guru-guru dalam bilik darjah bagi melonjakkan prestasi akademik pelajar ke tahap yang lebih memberangsangkan.

Beliau turut menyarankan supaya guru-guru sentiasa menjana idea dan membawa pemikiran yang lebih terkehadapan sesuai dengan kehendak pendidikan abad ke-21 ini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau mengajak guru-guru supaya menunjukkan cara bekerja yang cemerlang agar dapat sama-sama melahirkan pelajar yang cemerlang.

41229749_691381284559021_6902925284136189952_n.jpg41302505_691380967892386_6682420039661912064_n.jpgkecik.jpg41199760_691380934559056_3889440985037406208_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!