MSN MENERIMA PELAJAR BARU

Saiz Tulisan :

kecik

18 September 2018 – Ma’alim Al-Sunan LiDirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN) telah menerima seramai 24 orang pelajar baru yang bertempat di Bangunan Tadika Islam Sumaiyah MAIWP, Danau Lumayan, Bandar Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. Sesi pendaftaran telah bermula pada jam 2.00 petang dengan kehadiran ibu bapa serta ahli keluarga pelajar.

Halatuju MSN adalah untuk melahirkan ulama’ rabbani yang pakar dalam bidang hadis serta memahami Sunnah Nabawiyyah secara sahih dan mampu menyelesaikan serta memberi pandangan terhadap kekeliruan yang berlaku dalam ilmu hadis.
Tempoh pengajian selama 4 tahundan konsep pelaksanaan pendidikan di MSN mempunyai 4 komponen utama iaitu:

1. Pembelajaran berasaskan KSSM dan ini meliputi peperiksaan besar seperti SPM dan juga STAM.
2. Pengajian ilmu-ilmu hadis yang berkaitan.
3. Hafazan hadis-hadis pilihan beserta dengan matan ilmu.
4. Pengajian kitab-kitab hadis turath dan juga kontemporari.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Sahibul Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Lajnah MSN-MAIWP. Dalam ucapan tersebut, beliau memberi penekanan terhadap pelajar-pelajar baru untuk fokus dan bersungguh-sungguh sepanjang menuntut di MSN. Beliau juga berharap agar pelajar-pelajar ini dapat melangkah lebih jauh dan cemerlang pada masa hadapan demi kegemilangan Islam.

Pelajar baru ini akan mengikuti Program Minggu Silaturahim (orientasi) selama satu minggu yang akan dikendalikan oleh tenaga pengajar MSN dan dibantu oleh kepimpinan pelajar PMA. Mereka akan didedahkan dengan maklumat-maklumat yang berkaitan MSN, kurikulum dan panduan pengurusan diri.

Semoga pelajar baharu ini dapat menyesuaikan diri untuk mencapai objektif penubuhan MSN di samping membentuk sahsiah diri yang jitu serta dapat menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

kecik.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.40.13_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.40.16_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.40.29_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.40.31_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.40.26_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.40.20_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.40.23_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.41.15_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.41.58_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-09-18_at_4.45.18_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!