MAIWP MAINKAN PERANAN BESAR

Saiz Tulisan :

kecik

YB Dato' Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah meluangkan masa mendengar taklimat daripada MAIWP pada 3 September yang lalu di Kompleks Islam Putrajaya.

Hadir di sesi taklimat tersebut adalah barisan pengurusan MAIWP diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Operasi daripada 8 subsidiari milik MAIWP.

Dalam ucapan pembukaan, beliau mengucapkan tahniah kepada MAIWP yang telah memainkan peranan yang penting sebagai agensi Islam utama di Wilayah Persekutuan.

Aktiviti MAIWP yang merangkumi zakat, wakaf, pembangunan modal insan dan sebagainya telah memberikan banyak sumbangan kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Justeru, beliau berharap MAIWP dan subsidiari dapat meneruskan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada ummah.

Menurut beliau lagi, MAIWP juga harus sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa dan tiga kerangka utama yang diperkenalkan iaitu Islam Rahmatan Lila'lamin, Fiqh Malizi dan Maqasid Syariah diharap dapat benar-benar diterapkan dalam pelaksanaan aktiviti MAIWP dan subsidiari.

Tambah beliau lagi, budaya profesionalisme yang tinggi perlu sentiasa diamalkan. Oleh itu, budaya "curry favour" harus dihentikan sebaliknya jalinan hubungan perlu dibuat atas dasar 'principle', 'objectivity' dan 'result driven'.

Mengakhiri sesi pertemuan, beliau berharap MAIWP dan seluruh warganya termasuk syarikat dapat menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah yang secara langsung akan memberi imej dan gambaran yang baik terhadap pengurusan agensi Islam itu sendiri.

40684454_2078589342199380_861260600636866560_n.jpg40747817_2078589098866071_6765763051112103936_n.jpg40661897_2078589385532709_3699272786791890944_n.jpg40765006_2078589138866067_2312165798073860096_n.jpg40792337_2078595785532069_6496893425458085888_n.jpg40773074_2078589248866056_5843828821874180096_n.jpg1917582_104223676288416_6745440_n.jpg40903430_2078589065532741_7336475032639504384_n.jpg40809278_2078595828865398_8454901567538069504_n.jpgkecik.jpg40763820_2078589178866063_6954440650892771328_n.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP