SEHARI BERSAMA RUMAH PUTERI ARAFIAH

Saiz Tulisan :

kecik

4 September - Dar Assaadah terus komited dalam meningkatkan lagi mutu operasi dan pengurusan ke arah yang lebih dinamik dan bersifat global dalam memberi perkhidmatan pemulihan dan perlindungan yang terbaik kepada pelatih sejajar dengan prinsip Dar Assaadah iaitu melahirkan generasi yang cemerlang dan bertaqwa .

Sehubungan dengan itu, sekali lagi pihak Dar Assaadah bersama-sama kakitangan dan Ahli Jawatankuasa berjumlah 13 orang telah berkunjung ke Rumah Puteri Arafiah yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor bagi melihat serta mendengar perkongsian maklumat berkenaan konsep dan kaedah yang dijalankan di sini. Rumah yang dibina hasil keperihatinan Kerajaan Negeri Selangor dalam memerangi gejala sosial, maka Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan menubuhkan sebuah pusat perlindungan remaja perempuan yang tersasar yang dinamakan RUMAH PUTERI ARAFIAH dibawah pengawasan PEKAWANIS ( Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor). Rumah yang menempatkan pelatih seramai 37 orang seawal umur 12 sehingga 21 tahun ini dikendalikan oleh Cik Hazwani Husna Binti Azman selaku Pengurus dan dibantu oleh 9 orang kakitangan.

Rombongan dibawa ke setiap tempat yang menjadi lokasi aktiviti harian pelatih antaranya bilik jahitan,bilik kaunseling,bilik tuisyen dan dapur memasak. Pelatih disini diajar menjalani kehidupan berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan lain dalam menguruskan kehidupan harian mereka. Sesi lawatan berakhir dengan penyerahan cenderahati kepada Pengurus Rumah Puteri Arafiah yang telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Habshah binti Haji Osman sebagai mewakili Ahli Jawatankuasa Dar Assaadah dan rombongan lawatan ini.

Hasil perkongsian kejayaan dan kecemerlangan Rumah Puteri Arafiah ini diharapkan dapat memberi inspirasi dan meningkatkan operasi serta kemahiran pengurusan institusi perlindungan wanita bagi memperkukuhkan lagi pembangunan dan pengurusan dar Assaadah.

40684497_1006063612909106_254982024996061184_o.jpg40784969_1006063812909086_7488526036083146752_o.jpg40746376_1006063806242420_705702034841534464_o.jpg40797646_1006063716242429_8389703216660480_o.jpg40684054_1006063262909141_6231479414526312448_o.jpg40645954_1006063519575782_7569304123128938496_o.jpgkecik.jpg41020284_1006063879575746_7177482481577230336_o.jpg40847042_1006063992909068_4143528132122509312_o.jpg40848413_1006063722909095_3861113184639254528_o.jpg40676346_1006063592909108_8891706269891559424_o.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP