LAWATAN PERKONGSIAN DUA HALA ANTARA BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN MAIWP BERSAMA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD KEDAH.

Saiz Tulisan :

kecik

6 Ogos - Bahagian Pembangunan Insan (BPI-MAIWP) menerima kunjungan seramai 40 orang guru daripada Lembaga Maktab Mahmud Kedah sebagai salah satu kaedah perkongsian dua hala antara Bahagian Pembangunan Insan MAIWP dengan Lembaga Maktab Mahmud Kedah yang diadakan di Auditorium Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP).

Perkongsian ini lebih memfokuskan kepada kemenjadian para pelajar di antara kedua-dua buah institusi dan perkongsian tips serta strategi kecemerlangan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Nor Azam Bin Abdullah, Pengetua SMA MAIWP, En. Mashanizat Bin Ngasri Pengetua SMISTA dan En. Syed Husaini B Syed Hassan, Pengetua Maalim Sunan Nabawiyah.

Dalam sesi dialog, banyak soalan berkisar berkaitan pencapaian dan penglibatan akademik serta aktiviti kokurikulum pelajar. Tambahan pula, penekanan terhadap aspek kemenjadian pelajar melalui strategi dan galakan pihak sekolah turut menjadi topik perbincangan. Tetamu juga dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah dan asrama pelajar.

j.jpgf.jpgb.jpge.jpgg.jpgh.jpgkecik.jpgx.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!