PERKHEMAHAN BRIGED BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 2018

Saiz Tulisan :

kecik

12 – 16 Ogos 2018 - Perkhemahan Bridged Bomba dan Penyelamat pelajar tahun satu Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) telah diadakan bertempat di Kem D’Agroloka Resort, Jelebu Negeri Sembilan. Program perkhemahan ini adalah wajib bagi semua pelajar tahun satu kerana ia merupakan subjek kokurikulum dan syarat utama untuk mendapatkan penganugerahan sijil briged bomba.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menguji minda dan fizikal pelajar telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini. Setiap aktiviti yang dipertandingkan bertujuan memupuk semangat kerjasama dan juang dalam diri pelajar.

Perkhemahan Bridged Bomba pada kali ini menampilkan saudara Kamal bin Nordin sebagai Briged Lelaki Terbaik, manakala Nor Syafiqah binti Rushdan dinobatkan sebagai Briged Wanita Terbaik. PB Encik Che Muhammad Harith Bin Che Husin telah dilantik selaku Kem Komandan Perkhemahan Briged Bomba dan Penyelamat IKB dalam menyelaras segala program yang berlangsung. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar atas usaha sebegini dapat moga ia diteruskan untuk membentuk disiplin dan jati diri yang lebih unggul.

Majlis Peramian Pembukaan Perkhemahan Bridged Bomba dan Penyelamat IKB 2018 telah dirasmikan Encik Afaandey bin Yaakub Pengetua Institut Kemahiran Baitulmal, Encik Affendey bin Yaakub. Manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Setia TPgB Tuan Armdan bin Hj. Mahat selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pudu.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!