1,000 ASNAF TERIMA DAGING QURBAN MAIWP

Saiz Tulisan :

kecik

KUALA LUMPUR – Seramai 1,000 asnaf fakir dan miskin di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan daging qurban dalam program Ibadah Qurban Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) hari ini.

Sebanyak 22 ekor lembu diqurbankan pada program itu yang diadakan di rumah yatim Kompleks Darul Kifayah, Batu Muda Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif Maiwp, YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz Jusoh berkata selain tuntutan ibadah dan meraikan golongan kurang berkemampuan, program itu bertujuan mengeratkan hubungan antara MAIWP bersama para asnaf.

“Pada acara hari ini, kita agih dua kilogram daging qurban kepada setiap penerima yang merupakan penerima bantuan Baitulmal MAIWP.
“Ini merupakan acara baharu Maiwp dan kita harap ia berterusan pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam ucapan pada program itu.
Hampir 200 orang terlibat membantu kerja-kerja penyembelihan, melapah sehingga kepada proses pengagihan daging qurban.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada syarikat korporat dan syarikat-syarikat MAIWP seperti Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Institut Profesional Baitulmal, Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Hospital PUSRAWI dan MAIWP Dagang serta Yayasan Taqwa yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan.

Tidak lupa juga kepada agensi JAWI, DBKL, BOMBA, RELA, SYABAS, Jabatan Kerja Raya dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Penghargaan juga diucapkan kepda Syarikat Mofaz Dagang Sdn. Bhd. yang menaja air mineral Alla Fonte.
Semoga Allah menerima ibadah qurban yang dilaksanakan dan mengurniakan ganjaran pahala kepada semua yang telah membantu.

39911025_2062188233839491_4381937110978920448_n.jpg40001181_2062186977172950_6168191310483161088_n.jpg39911074_2062186693839645_5912591969837645824_n.jpgkecik.jpg39910338_2062188167172831_1153040535330488320_n.jpg40011751_2062186080506373_6898256087749754880_n.jpg39992310_2062186257173022_8209386513750818816_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!