BREAKFAST TALK

Saiz Tulisan :

kecik

6 Ogos - Baru-baru ini, Unit Integriti MAIWP telah mengadakan program “Breakfast Talk” Siri 1/2018 di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM. Program ini melibatkan seramai 85 orang pegawai terdiri daripada pegawai kumpulan Gred 41 dan 44.

Breakfast Talk merupakan salah satu platform untuk para pegawai membincangkan isu-isu berkaitan Integriti serta sebarang permasalahan yang timbul dan ingin dibincangkan terus kepada pihak pengurusan tertinggi. Melalui maklumbalas yang diterima daripada para peserta mereka berharap agar program seperti ini perlu diadakan secara berkala dan berterusan agar MAIWP dapat mengekalkan ketelusan dalam pentadbirannya serta membendung masalah berkaitan integriti. Hal ini kerana integriti merupakan elemen yang amat penting bagi mengelakkan penyelewengan,salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh dalam ucapannya menekankan tiga konsep yang perlu diberi perhatian oleh warga MAIWP iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah, dan Fiqh Malizi dalam usaha menyuburkan budaya integriti selaras dengan apa digariskan oleh kementerian.Dengan adanya integriti, sesebuah organisasi dapat memajukan prinsip “good governance” yang menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi dan memberikan keyakinan serta kepuasan kepada pelanggan. Hasil dapatan daripada program ini seterusnya akan dibincangkan oleh pihak pengurusan untuk tindakan yang selanjutnya.

Capture3.JPGCapture1.JPGCapture2.JPGCapture.JPGkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!