KONGSI PENGALAMAN KE ARAH PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN INDEKS AKAUNTABILITI

Saiz Tulisan :

kecik

7 Ogos – Unit Audit Dalam MAIWP (UAD MAIWP) telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam Kementerian Dalam Negeri (BAD KDN), Putrajaya. Lawatan kerja tersebut bertujuan menimba pengalaman dan mencari pendekatan terbaik bagi menambahbaik pembangunan sistem pengurusan Indeks Akauntabiliti serta pengauditan pengurusan kewangan di Audit Dalam MAIWP.

Seramai 19 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Puan Aniza Abdullah selaku Pengurus UAD MAIWP telah menyertai lawatan ini. Turut serta dalam lawatan tersebut pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Teknologi Maklumat MAIWP manakala di pihak BAD KDN pula diwakili oleh Puan Noraziah Morad selaku Timbalan Ketua Unit Audit Dalam II.

Antara pengisian lawatan tersebut adalah sesi penerangan mengenai fungsi dan penggunaan sistem FIRM (Financial Indeks Reporting Management) yang digunapakai oleh BAD KDN dalam memantau pengurusan kewangan pusat tanggungjawab (PTj) di bawah KDN serta aktiviti – aktiviti yang berkaitan dengan pengauditan pengurusan kewangan. Sesi soal jawab dan pengalaman – pengalaman pengoperasian sistem merancakkan lagi sesi lawatan tersebut.

Melalui lawatan ini diharap satu jaringan kerja yang baik dapat diwujudkan antara kedua pihak terutamanya MAIWP bagi menambahbaik sistem yang sedang dibangunkan untuk meningkatkan kawalan dalam terhadap pengurusan kewangan MAIWP.

WhatsApp_Image_2018-08-08_at_9.54.43_AM.jpegWhatsApp_Image_2018-08-08_at_9.48.55_AM.jpegWhatsApp_Image_2018-08-08_at_1.11.09_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2018-08-09_at_10.56.35_AM.jpegWhatsApp_Image_2018-08-08_at_1.10.49_PM_1.jpegkecik.jpgWhatsApp_Image_2018-08-08_at_11.26.39_AM_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP