KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN MELAKAR NAMA DALAM MIISMAM 2018

Saiz Tulisan :

kecik

Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan pada 27 hingga 29 Julai 2018 bertempat di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan dan Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Negeri Sembilan merupakan tuan rumah bersama pada penganjuran kali ini. Peserta yang menyertai MIISMAM adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Agama Negeri dan Rakyat (SMAN dan SMAR) yang mewakili semua negeri seluruh Malaysia.

Wilayah Persekutuan menghantar kontinjen seramai 38 orang peserta dan 23 orang pegawai serta guru. Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan sepanjang majlis berlangsung iaitu Tilawah Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Tahfiz Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Inggeris (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Melayu(lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Arab (lelaki dan perempuan), Bahas Ala Parlimen, Kuiz Dini, Khat (lelaki dan perempuan), Nasyid (lelaki) dan Kitab Turath.

Penganjuran ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan agama Islam masa kini berdasarkan keperluan masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan. Mereka berpeluang menerima 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara bagi memastikan pelajar sekolah agama menerima peluang pembelajaran yang lebih sistematik dan berdaya saing.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YAB Tuan Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Selamat Bin Paigo, Pengarah, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Puan Hajjah Hakimah Bt Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) mewakili YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM. Dalam ucapan aluan, beliau mengumumkan bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpilih sebagai tuan rumah MIISMAM Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

Sekalung penghargaan kepada YBhg. Tuan Mohd Nizam Bin Haji Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) atas kehadiran beliau dalam Majlis Perasmian Penutup MIISMAM dan diiringi oleh Encik Mohd Rodzi B Osman, Timbalan Pengurus BPI MAIWP.
Untuk tahun 2018, Kontinjen Wilayah Persekutuan berjaya memenangi acara berikut :

• Johan Acara Hafazan Al-Quran (Lelaki)
Muhammad Fitri Naim bin Roslan (SMISTA)

• Johan Acara Kitabatul Maqal (Perempuan)
Aisyah Hanani binti Abdul Rahman (SMA MAIWP KL)

• Naib Johan Acara Syarahan Bahasa Melayu (Lelaki)
Aiman Haziq bin Nor Azmy (SMA MAIWP KL)

• Naib Johan Acara Kitab Turath (Lelaki)
Muhammad Fathi Wajdi bin Azhan (Pondok Moden Al-Abaqirah)

• Ketiga Acara Tilawah Al-Quran (Lelaki)
Muhammad Aidil bin Senin (SMISTA)

kecik.jpegPeserta_Nasyid_WP_sedang_menyampaikan_persembahan_yang_bertenaga.jpgSebahagian_daripda_kontinjen_WP_bergambar_bersama_Us_Nizam_Yahya_TKPE_O_MAIWP.jpgPeserta_Acara_Hafazan_Quran_WP_menerima_hadiah_tempat_pertama.jpgPeserta_Hafazan_Quran_WP_sedang_menyampaikan_bacaan.jpgGambar_Kenangan_Wakil_Negeri_Bersama_YAB_Menteri_Besar_Negeri_Sembilan.jpegPeserta_Kitabatul_Maqal_WP_menerima_hadiah_tempat_pertama.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP