PELAJAR PONDOK RAI HARI PAHLAWAN

Saiz Tulisan :

kecik

KUALA LUMPUR: Seramai 65 orang pelajar Tahun Satu (Tingkatan Empat) yang menuntut di Pondok Moden Al-'Abaqirah berpeluang menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Pahlawan pada 30 Julai 2018 di Masjid Khalid Al-Walid.

Lebih meriah apabila majlis tersebut turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V diiringi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta beberapa menteri kabinet yang lain.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah seterusnya bacaan Yassin serta tahlil dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Dato’ Syaikh Hj. Ismail Hj. Muhammad.

Program yang acap kali disambut pada setiap 31 Julai ini membolehkan para pelajar menghayati semangat juang para pahlawan tanah air yang sanggup berkorban demi menjaga maruah bangsa dan agama. Guru pengiring, Ustaz Nik Amirul Adzim mengatakan bahawa para pelajar seharusnya didedahkan dengan program seumpama ini agar semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka, secara tidak langsung membakar semangat mereka untuk memastikan kedaulatan negara terus terbela.

37992743_657164761314007_7063503545714081792_n.jpg38036510_657183204645496_6392070127214395392_n.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP