KPE MAIWP MENINJAU KEPERLUAN

Saiz Tulisan :

kecik

Baru-baru ini Tuan Haji Abdul Aziz Jusoh,,Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP bersama pengurusan kanan telah mengadakan lawatan ke 3 buah Tadika Islam.

Tadika-tadika yang dilawati adalah sebahagian daripada 81 buah Tadika Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang diuruskan oleh MAIWP. Bilangan pelajar sehingga kini ialah seramai 6,337 orang.

Pada lawatan tersebut, Tuan Haji Abdul Aziz telah mendengar laporan dan isu-isu yang memerlukan tindakan segera.. Beliau turut meneliti pematuhan terhadap aspek kebersihan dan keselamatan yang diamalkan.

Selain tadika turut dilawati oleh YBhg.KPE MAIWP ialah Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Institut ini adalah sebuah institusi yang melatih anak-anak asnaf dalam bidang kemahiran. Sehingga hari ini, IKB menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Sesi taklimat berkenaan IKB telah disampaikan oleh Encik Affendi bin Yaakob, Pengetua IKB. Selepas sesi taklimat YBhg.KPE dan pengurusan tertinggi telah dibawa melihat bengkel-bengkel dan kelas kemahiran bagi melihat sendiri anak-anak asnaf ini tekun mempelajari kemahiran di sana.

Tadika Islam dan IKB ini merupakan antara program agihan zakat secara tidak langsung yang dilaksanakan oleh MAIWP. Menerusi dana zakat yang diterima daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, manfaatnya dinikmati ramai pihak.

000_5305.JPG000_5298.JPG000_5036.JPG000_5263.JPG000_5252.JPGkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!