LAWATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN MAIWP KE SEKOLAH MENENGAH ISLAM IQKL

Saiz Tulisan :

kecik

26 Julai – Kunjungan Bahagian Pembangunan Insan (BPI-MAIWP) ke Sekolah Menengah Islam Institut Al-Quran Kuala Lumpur (SMI IQKL) bermatlamat sebagai wadah perkongsian dua hala antara kedua-dua institusi berkenaan. Kehadiran BPI adalah bersama Pengetua serta wakil Institusi yang berada di bawah naungan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Antara wakil Institusi naungan MAIWP yang hadir adalah Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Pondok Moden al-Abaqirah (PMA), dan Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN).

Perkongsian dua hala tersebut memberi manfaat buat kedua-dua belah pihak terutama pelaksanaan pembelajaran akademik dan tahfiz yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Islam IQKL. Selain itu, MSN dan PMA turut berkongsi maklumat dan perjalanan institusi masing-masing.

Ustaz Harun Zainal Abidin selaku pemangku pengetua SMI IQKL amat menghargai lawatan tersebut dan berharap dapat mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kecemerlangan akademik dan pembangunan pelajar termasuklah aktiviti ko-kurikulum.

SMI IQKL bermula sejak tahun 1997, ia merupakan sebuah sekolah menengah agama swasta yang terletak di Taman Tun Dr Ismail. Bangunan setinggi 5 tingkat menjadi mercu kegemilangan institusi tersebut yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 200 pelajar dalam satu masa.

Capture2.JPGkecik.jpgCapture3.JPGCapture.JPGCapture1.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!