KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN MENYERTAI KESSUMA JAKIM 2018

Saiz Tulisan :

kecik

Pada 15-19 Julai 2018, bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak telah diadakan Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Kali Ke-19 peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Sebanyak 10 buah negeri telah menyertai kejohanan KESSUMA pada tahun ini.

Majlis Pelepasan Kontinjen Wilayah Persekutuan telah diadakan di lobi SMA-MAIWP yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Sebagai gimik pelepasan kontinjen, YBhg. KPE MAIWP telah menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontinjen KESSUMA Wilayah Persekutuan. Turut hadir sama Encik Mohd Zahed Bin Saidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAWP, pengurus-pengurus bahagian dan pengetua-pengetua sekolah.

Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat serta membuktikan kemampuan sekolah-sekolah menengah agama dalam bidang sukan dan permainan. Kontinjen Wilayah Persekutuan terdiri daripada gabungan 108 orang pelajar SMA-MAIWP KL, SMA-MAIWP Labuan, SMISTA dan Pondok Moden Al-Abaqirah (PMA). Secara keseluruhan (termasuk acara memanah di Terengganu pada April lepas), kontinjen Wilayah persekutuan berjaya memperolehi 1 pingat emas dan 1 pingat perak serta menduduki tempat ke-6 daripada 10 buah negeri yang mengambil bahagian.pada kejohanan KESSUMA kali ini. Tahniah diucapkan kepada kontinjen Wilayah Persekutuan atas kejayaan mempamerkan kesungguhan serta semangat kesukanan yang tinggi.

Majlis penutup disempurnakan oleh wakil Menteri Besar iaitu Timbalan Speaker Dewan Negeri Perak, YB Hj.Aminuddin bin Zulkipli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang. Hadir sama YBhg. Datuk Mohd Nordin Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

4.jpg5.jpg6.jpg20180715_100954.jpg20180715_100808.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!