MAIWP PERHALUSI AKTIVITI

Saiz Tulisan :

kecik

30 Julai - Tuan Haji Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menyeru kepada semua warga MAIWP agar dapat bersama-sama memperhalusi aktiviti dan program-program sedia ada di MAIWP. Beliau berkata demikain dalam Majlis Perhimpunan MAIWP Julai 2018 yang didakan di Dewan seminar, Kuala Lumpur.

Warga MAIWP juga diseru supaya memikir dan melaksanakan reformasi menyeluruh di semua peringkat. Bermula dari bawah hingga ke atas selaras dengan prinsip Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Pelaksanaannya akan membolehkan seluruh masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa melihat keindahan agama Islam. Tambah beliau lagi, menjadi keutamaan MAIWP untuk mempertahan institusi diraja khususnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Pada majlis tersebut, turut disampaikan Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan Jun dan Julai kepada 8 orang warga MAIWP. Selain itu, MAIWP turut meraikan seorang warganya yang bersara pada 11 Ogos 2018 sebagai guru Tadika Islam.

Seramai 5 orang pelajar sekolah-sekolah menengah agama di bawah MAIWP turut menerima hadiah atas kecemerlangan di dalam Majis Ihtifal Ilmi Sekolah Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan 1439/2018M pada 27-29 Julai 2018 di Negeri Sembilan.

Mewakili kontinjen Wilayah Persekutuan, para pelajar ini telah meraih kejayaan dalam beberapa kategori. Mereka adalah:

1. Muhammad Fitri Naim Bin Roslan - SMISTA MAIWP yang menjadi Johan Utk Kategori Hafazan Lelaki
2. Aisyah Hanani bt Abdul Rahman - SMA MAIWP Johan untuk Kitabul Maqal Perempuan
3. Muhammad Fathi Wajdi Bin Azhan - PMA Naib Johan Kategori Kitab Turath Lelaki
4. Aiman Haziq Bin Nor Azmy - SMA MAIWP Naib Johan Syarahan Bahasa Melayu Lelaki; dan
5. Muhammas Aidil Bin Senin - SMISTA MAIWP mendapat tempat ketiga Pertandingan Tilawah al-Quran

Semoga MAIWP terus cemerlang dalam menyemarakkan syiar Islam di negara ini.

000_4925.JPG000_5001.JPG000_4931.JPGkecik.JPG000_5023.JPG000_4951.JPG000_4967.JPG000_4954.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!