MAIWP DEDAHKAN ANAK-ANAK ASNAF KEMAHIRAN JAWAB SOALAN

Saiz Tulisan :

kecik

29 Julai - Bantuan Zakat bagi pendidikan anak-anak asnaf adalah salah satu bantuan yang disalurkan oleh MAIWP. Bantuan ini dilihat sebagai bantuan berimpak tinggi sebagai permulaan mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan.

Baru-baru ini MAIWP melalui Bahagian Baitulmal telah mengadakan Seminar Teknik Menjawab Soalan PT3 dan SPM kepada Penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP bertempat di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor pada 27-29 Julai 2018.

Seminar tersebut yang dihadiri 160 pelajar meraka adalah anak-anak asnaf yang menerima Bantuan Am Persekolahan dengan kemahiran dan teknik bagi menjawab soalan peperiksaan. Mereka yang hadir terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini.

Baitulmal MAIWP telah menjemput guru-guru yang berpengalaman dalam menyediaan modul-modul soalan peperiksaan sebagai penceramah seminar berkenaan. Selama 3 hari seminar berlangsung, semangat para pelajar untuk berjaya turut dinaikkan menerusi ceramah-ceramah motivasi.

Adalah diharapkan anak-anak asnaf ini dapat menempa kecemerlangan dalam akademik seterusnya membantu mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

37987913_1058453721000101_7550753450707910656_n.jpg38050995_1058453514333455_5755696312003592192_n.jpg37886314_1058453574333449_1650414159277326336_n.jpg37908862_1058453424333464_1816488583129726976_n.jpg37925473_1058453484333458_2412261037404323840_n.jpg37947321_1058453524333454_7609214303568134144_n.jpgkecik.jpg37984076_1058453454333461_4578245746658115584_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!