MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DARUL KIFAYAH, PMA DAN MSN 2018

Saiz Tulisan :

kecik

8 Julai 2018 (Ahad), Darul Kifayah bersama Pondok Moden Al-Abaqirah(PMA) Dan Maalim Sunan Li Dirasati Hadis Nabawiyyah (MSN) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Besar Darul Kifayah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tn. Hj. Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Turut hadir ialah Ustaz Mohd Nizam Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP yang juga merupakan mantan pengetua Darul Kifayah, Ustaz Mohd Rodzi bin Osman, Timbalan Pengurus BPI MAIWP, Ustaz Haji Muhamad Safwan bin Saidin, Pengetua Darul Kifayah, Ustaz Muhammad Al Zubair Bin Abd Samad, Al-Mudir Pondok Moden Al-Baqirah Dan Ustaz Syed Husaini Bin Syed Hassan, Al-Mudir Maalim Sunan Li Dirasati Hadis Nabawiyyah serta Ahli Jawatankuasa Darul Kifayah dan pegawai-pegawai serta kakitangan.

Majlis anjuran bersama Darul Kifayah , PMA dan MSN ini adalah bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak Yatim/ Asnaf Darul Kifayah, pelajar-pelajar PMA dan MSN. Sambutan sederhana namun meriah itu jelas dapat memberi kegembiraan kepada para pelajar. Majlis Hari Raya Aidilfitri ini dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu raya daripada wakil-wakil pelajar. Majlis ini juga telah menyajikan pelbagai juadah hari raya seperti lemang, rendang, satay, kuih-muih dan bermacam-macam lagi. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah berlangsung dengan jayanya.

kecik.jpgWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.12.52_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.12.50_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.12.54_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.12.53_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.13.02_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.12.57_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.13.03_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.13.14_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.12.59_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.13.02_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.13.20_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.12.51_PM.jpegWhatsApp_Image_2018-07-10_at_3.13.08_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!