MAIWP DISERU KELUARKAN ASNAF DARIPADA KEMISKINAN

Saiz Tulisan :

kecik

11 Julai - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Yang Berhormat Puan Hajjah Fuziah binti Salleh menyeru agar MAIWP terus meningkatkan usaha khususnya dalam membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.

Perkara tersebut dinyatakan ketika beliau hadir di Majlis Sambutan Aidilfitri MAIWP & Subsidiari Tahun 2018M yang diadakan baru-baru ini di Kompleks Darul Kifayah. Beliau turut melahirkan rasa bangga dan kagum apabila bilangan asnaf yang dibantu oleh MAIWP mencecah puluhan ribu. Namun menurut beliau, apa yang lebih penting adalah untuk berusaha melahirkan asnaf yang berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Tambah beliau lagi, instrumenf wakaf juga boleh dkembang dan diperkasakan lagi oleh MAIWP demi manfaat umat Islam.
Semoga MAIWP terus cemerlang dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan selari dengan visi dan misi MAIWP . Semoga sumbangan ini untuk mampu memartabatkan syiar Islam rahmatan lil alamin. Dalam majlis yang diadakan, hampir 500 warga MAIWP dan anak syarikat hadir memeriahkan majlis. Hadirin disajikan dengan pelbagai hidangan yang disediakan oleh bahagian-bahagian di MAIWP dan subsidiari.

37052694_207475373427961_2215049006894022656_n.jpg37087806_207473066761525_3203124774712639488_n_1.jpg37023968_207474390094726_7115996648890695680_n.jpg37042544_207473920094773_3124596249802571776_n.jpg37087806_207473066761525_3203124774712639488_n.jpg37107936_207474163428082_1933236252480372736_n.jpg37020611_207473326761499_1250730519960748032_n.jpg37076738_207473630094802_7605773940274757632_n.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!