1.5 JUTA UNTUK PELAJAR CEMERLANG BAITULMAL MAIWP
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
30 Mei - Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Baitulmal MAIWP 2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Bangunan PERKIM yang melibatkan seramai 20 orang penerima biasiswa serta ibu bapa pelajar.
Majlis diserikan dengan ucapan dan penyampaian mock cek oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Dalam ucapan amanat beliau, semoga bantuan yang disalurkan ini para pelajar berjaya dan menjadi pembayar zakat pada satu har nanti kerana kejayaan para pelajar juga bantu oleh pembayar zakat.
Pada tahun ini, seramai 14 pelajar telah terpilih menerima Biasiswa Zakat Baitulmal MAIWP dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1,576,000.00. Adalah diharapkan biasiswa yang diterima ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk terus mencipta kecemerlangan dalam akademik.
Terima kasih kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang menunaikan zakat kepada MAIWP dan PPZ-MAIWP.
MAIWP akan terus memberikan yang terbaik menunaikan amanah para pembayar zakat dengan mengagihkannya semaksimum yang mungkin.