MAIWP SALUR ZAKAT KEPADA HOSPITAL
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
31 Mei – Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan diadakan di Auditorium, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Majlis ini bertujuan bagi menyampaikan dana sumbangan kewangan kepada Tabung Kebajikan Hospital-Hospital di Wilayah Persekutuan untuk membantu pesakit secara lansung.
Sebanyak 13 buah hospital dan Pusat Perubatan menerima sumbangan melalui Tabung Kebajikan Hospital-Hospital dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang diberikan adalah sebanyak RM1.20 juta . Sumbangan disampaikan oleh YB Fahmi Fadzil Ahli Parlimen Lembah Pantai. Dengan sumbangan ini diharapkan dapat membolehkan pihak hospital dan institusi kesihatan membantu pesakit yang kurang berkemampuan.
Selain itu juga, YB Fahmi Fadzil turut melawat ke wad-wad untuk menyampaikan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai sumbagan aidilftiri kepada pesakit. MAIWP juga menyumbangkan 150 hamper kepada kanak-kanak di hospital tersebut.\
MAIWP sentiasa meneruskan aktiviti kebajikan, terutamanya membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk bidang perubatan dan kesihatan. Selain itu juga, MAIWP menawarkan skim yang khusus bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan, peralatan kesihatan dan sebagainya iaitu Skim Bantuan Perubatan.