WARGA PENDIDIK INSTITUSI PENDIDIKAN MAIWP DIRAI

Saiz Tulisan :

kecik

7 Jun 2018 (Khamis) – Sambutan Hari Guru peringkat MAIWP 2018 telah diadakan di Qaah Al-Qaradhawi, SMA-MAIWP, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur bagi meraikan 600 warga pendidik di semua institusi pendidikan Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP. Majlis Sambutan Hari Guru tahun ini juga dimulakan dengan Majlis Bacaan Yaasin yang diadakan serentak di semua institusi di bawah MAIWP pada 15 Mei 2018.

Tema Sambutan Hari Guru 2018 “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” telah berjaya disampaikan dengan penuh semangat dan iltizam berpandukan kepada realiti pendidikan yang pesat membangun di MAIWP. Ia telah dibentangkan oleh YBhg. Tuan Haji Nor Azam bin Abdullah, Pengetua SMA-MAIWP KL. Selain itu, transformasi pendidikan yang dicadangkan perlulah merangkumi seluruh aspek pendidikan, termasuklah kemahiran perguruan, infrastruktur yang sempurna dan pengurusan yang berkesan.

Sempena majlis ini, seramai 63 orang telah menerima Anugerah Guru bagi 7 kategori Anugerah yang disediakan. Anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Guru MAIWP 2018 telah disandang oleh Encik Nik Ahmad Afham B Nik Abdullah daripada daripada Sekolah Menengah Agama Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), MAIWP.

YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP, sudi meluangkan masa menghadiri seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat MAIWP 2018. Turut hadir sama YBrs. Encik Mohd. Nizam B Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutuif (Operasi) dan YBrs. Encik Mohd Zahed Bin Saidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), MAIWP, En. Mohamed Nor Bin Salleh, Ketua Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Seterusnya, pengurus-pengurus Bahagian dan Pengetua-pengetua Unit di MAIWP serta beberapa jemputan kehormat serta guru-guru yang diraikan daripada semua institusi di bawah BPI.

nik.jpg2.jpg34605368_1933573520034297_6480331387319615488_n.jpg1.jpgyaa_sin_TIM.jpgyaasin_2.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP