PERHIMPUNAN MAIWP JUN

Saiz Tulisan :

kecik

8 Jun – Perhimpunan terakhir MAIWP sebelum menyambut Syawal telah diadakan di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM Kuala Lumpur.
Dalam majlis itu YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, KPE MAIWP menyeru agar semua berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Selain itu, beliau juga berpesan agar memastikan pejabat yang ditinggalkan sempena cuti hari raya dalam kedaan baik di samping membahagi-bahagikan tugas bagi menentukan setiap premis mempunyai pegawai sepanjang Syawal.
Turut diadakan pada majlis ini ialah penyampaian Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) bagi bulan Februari, Mac dan April kepada 12 orang penerima. Turut diraikan juga ialah para pegawal keselamatan yang menjaga premis-premis MAIWP dan para pekerja pembersihan dengan sumbangan hari raya yang masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM120.00 seorang dan diberikan kepada 145 penerima

Selain itu, Badan Pekhidmat MAIWP (BKPM) juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kuih raya kepada warga MAIWP dengan gimik penyampaian kepada YBhg.KPE dan TKPE MAIWP.

Semoga hari raya kali ini memberikan kegembiraan kepada semua umat Islam dan tidak lupa mendoakan saudara seislam yang lain yang di dalam kesusahan.

kecik.jpgWhatsApp_Image_2018-06-11_at_9.32.46_AM.jpegWhatsApp_Image_2018-06-11_at_9.33.01_AM.jpegWhatsApp_Image_2018-06-11_at_9.32.51_AM.jpegWhatsApp_Image_2018-06-11_at_9.32.54_AM.jpegWhatsApp_Image_2018-06-11_at_9.32.57_AM.jpegWhatsApp_Image_2018-06-11_at_9.32.49_AM.jpegWhatsApp_Image_2018-06-11_at_9.33.03_AM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP