KAEDAH ‘BOBA’ BANTU TINGKATKAN KUALITI BACAAN MURID TADIKA ISLAM MAIWP

Saiz Tulisan :

kecik

4 Jun 2018 – Seramai 80 orang guru Tadika Islam MAIWP telah menyertai Seminar Penggunaan Kaedah BOBA (Boleh Baca) yang telah diadakan di Dewan Seminar Aras 1 Bangunan PERKIM. Seminar tersebut turut dihadiri oleh Encik Khairul Hazamy Abdul Ghani iaitu Pengarah Urusan Nukilan Publication yang sama-sama berkongsi maklumat berkaitan kaedah BOBA ini melalui buku keluaran Nukilan Publication iaitu Koleksi Buku BOBA .

Seminar ini diadakan untuk berkongsi ilmu dan memberi pendedahan kepada guru-guru di Tadika Islam MAIWP untuk memahami dan mengaplikasikan kaedah cara cepat membaca dengan menggunakan Koleksi Buku BOBA. Kaedah ini telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah di seluruh Malaysia dan telah terbukti dapat membantu murid yang mengalami masalah membaca di peringkat awal usia murid prasekolah sehingga peringkat dewasa dalam masa yang singkat. Koleksi Buku BOBA ini telah diterbitkan dalam beberapa siri antaranya Siri Prabacaan dan Siri 1 sehingga Siri 6.

Seminar selama 2 jam ini telah disampaikan oleh Puan Maheran Binti Jamaluddin yang merupakan Pengasas Kaedah BOBA dan berpengalaman luas selama 20 tahun dalam mengajar kelas pemulihan khas di sekolah-sekolah sekitar daerah negeri Perak. Puan Maheran juga telah berkongsi ilmu asas BOBA ini dan teknik yang terbaik dalam memberi penekanan kepada murid prasekolah yang mengalami masalah membaca.
Diharapkan seminar ini mampu membantu guru-guru Tadika Islam MAIWP dalam mempertingkatkan pengetahuan membaca di kalangan murid-murid serta melahirkan generasi celik membaca melalui kaedah yang sebenar dan berkesan.

WhatsApp_Image_2018-06-04_at_15.12.18.jpegkecik.jpgWhatsApp_Image_2018-06-04_at_15.12.20.jpegWhatsApp_Image_2018-06-04_at_15.12.18_1.jpegWhatsApp_Image_2018-06-04_at_15.12.23_2.jpegWhatsApp_Image_2018-06-04_at_15.12.25_1.jpegWhatsApp_Image_2018-06-04_at_15.12.22.jpegWhatsApp_Image_2018-06-04_at_15.12.24_3.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP