MAIWP SALUR BANTUAN KEPADA PESAKIT DAN HOSPITAL LABUAN

Saiz Tulisan :

kecik

02 Jun 2018 - YBhg. Tuan Hj Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP telah menyempurnakan penyampaian bantuan kepada pesakit dan Hospital Labuan.

Dalam program tersebut, beliau telah menyampaikan Bantuan Peralatan Pembedahan Katarak Hospital Labuan bernilai RM499,750.00, Bantuan Kepada Tabung Kebajikan Hospital Labuan bernilai RM50,000.00 dan Bantuan Kepada Pesakit di Wad Hospital Labuan bernilai RM20,000.00 kepada Dr. Ismuni bin Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri W.P. Labuan.

Dalam ucapannya, beliau berharap dengan bantuan yang diberikan dapat membantu pihak Hospital Labuan menjalankan operasi pembedahan katarak di Labuan memandangkan Hospital Labuan sebelum ini belum mempunyai peralatan kelengkapan pembedahan dan sekaligus membantu meringankan beban masyarakat Labuan khususnya keluarga asnaf.

YBhg. Tuan Hj Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP turut mengambil kesempatan melawat ke wad dan menyampaikan bantuan berupa wang tunai kepada pesakit bernilai RM100.00 seorang. Pada masa yang sama, Jabatan Kastam W. P. Labuan turut ikut serta dalam aktiviti lawatan ke wad dan seterusnya menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan kepada pesakit.

pic4.JPGpic1.JPGpic9.JPGkecik.jpgpic10.JPGpic5.JPGpic13.JPGpic11.JPGpic14.JPGpic23.jpegpic22.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!