ASNAF LABUAN DIRAI

Saiz Tulisan :

kecik

2 Jun 2018 - MAIWP Labuan telah mengadakan Majlis Iftar Bersama Asnaf 1439H di Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun. Program tahunan ini melibatkan penerima Skim Bantuan Kewangan Bulanan di Kampung Sungai Bedaun seramai 350 orang asnaf serta keluarga dan jemputan.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Dalam ucapannya, beliau telah memaklumkan bahawa semua penerima Skim Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal akan menerima Bantuan Aidilfitri sebanyak RM500 seorang menjadikan jumlah keseluruhan agihan bantuan di pulau ini sebanyak RM1,151,000.00 melibatkan 2302 orang asnaf. Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada waktu terdekat.

Beliau meminta agar semua penerima bantuan berbelanja dengan berhemah agar dapat menampung keperluan dalam membuat persediaan raya yang bakal tiba..

kecik.jpgpic13.JPGpic5.JPGpic10.JPGpic2.JPGpic6.JPGpic3.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!