KEMERIAHAN SUKANEKA TADIKA ISLAM MAIWP BANDAR TUN RAZAK

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs//berita/2018/21052018/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

kecik

25 April 2018 – Suasana meriah dan ceria menghiasi sepanjang Karnival Sukaneka Tadika Islam MAIWP Bandar Tun Razak yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.

Kemeriahan terus dirasai dengan kehadiran Ketua Unit Prasekolah, Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Puan Noraza Binti Aziz untuk merasmikan Sukaneka Tadika Islam MAIWP Bandar Tun Razak. Turut hadir bersama ialah Penyelia Tadika Islam MAIWP Bandar Tun Razak, En. Mohammad Faizal Bin Zainuddin.

Sukaneka ini diadakan selama 2 hari bermula 25 sehingga 26 April 2018. Seramai 1,430 orang murid telah terlibat dalam kesemua 6 acara sukan yang telah dipertandingkan. Penglibatan guru-guru dan ibubapa bagi menjayakan Sukaneka ini juga telah memupuk semangat kesukanan dikalangan murid serta mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang baik di antara semua pihak.

Sukaneka ini berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang berjaya. Semua murid Tadika Islam yang hadir dilihat sangat bersemangat dan gembira sepanjang sukaneka ini diadakan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di tahun yang akan datang.

kecik.jpgWhatsApp Image 2018-04-25 at 09.20.58.jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 09.21.27.jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 09.57.59.jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 09.58.01.jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 09.58.02.jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 10.34.16.jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 10.34.17.jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 10.34.18.jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 10.34.19.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!