MAIWP AGIH 1,350 JUADAH BERBUKA PUASA SETIAP HARI

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs//berita/2018/18052018/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

kecik

Bersempena Ramadhan 1439H, MAIWP meneruskan aktiviti tahunannya menerusi agihan makanan berbuka puasa kepada golongan asnaf. Pada tahun ini, sebanyak 1,350 juadah berbuka puasa diagihkan setiap hari bermula jam 5 petang di 9 lokasi agihan di sekitar Wilayah Persekutuan. Ia diagihkan di 8 buah Pusat Agihan Zakat dan di Rumah Transit Agensi Anti Dadah Kebangsaan Jalan Sultan Azlan Shah.

Pelancaran agihan makanan berbuka puasa ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang baharu. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah atas usaha yang dilakukan ini dalam membantu mereka yang memerlukan.

MAIWP memperuntukkan RM2.26 juta bagi agihan makanan sepanjang Ramadhan ini. Agihan makanan percuma oleh MAIWP bukan hanya dibuat di bulan Ramadhan, bahkan berjalan sepanjang tahun menerusi agihan makanan tengahari.
Pada majlis yang sama, MAIWP turut menyampaikan Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran kepada seramai 302 orang penerima dengan jumlah agihan zakat sebanyak 0.72 juta ringgit.

Menerusi bantuan ini, para penghafaz al-Quran yang melepasi temuduga akan menerima insentif zakat dengan jumlah RM750 bagi kategori 5 juzuk, RM1,500 bagi hafazan 10 juzuk dan RM3,000.00 bagi kategori 20 juzu’. Bagi mereka yang berjaya melepasi kategori 30 juzu’, insentif zakat sebanyak RM4,500 akan diberikan.
Skim bantuan ini diwujudkan untuk menghargai kesungguhan para penghafaz Al-Quran yang dilihat sebagai usaha murni dalam memelihara kitab yang mulia ini.

31649379_994508930727914_4974242126486306816_n.jpg32418609_1909905725734410_7927179799166976000_n.jpg32661341_1909905462401103_3784712833204224000_n.jpg32701891_1909905559067760_771519964816343040_n.jpg32718459_1909905632401086_729197481635610624_n.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!