MAIWP SALURKAN BANTUAN AWAL KEPADA MASJID, SURAU JUMAAT DAN SURAU SEMPENA RAMADHAN

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/BAITULMAL/2018/03052018/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

KECIK

3 Mei – Pada hari ini sebanyak 84 buah masjid, 108 buah surau jumaat dan 486 surau yang berdaftar di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya telah menerima sumbangan daripada MAIWP sebanyak RM6,956,000.00 juta bagi tujuan pengimarahan, Ihya’ Ramadan, Kebersihan dan Keceriaan sempena kedatangan bulan Ramadhan.

Setiap masjid akan menerima sumbangan sebanyak RM12,000.00, surau jumaat dan surau akan menerima sumbangan sebanyak RM10,000.00 untuk pengimarahan, Ihya’ Ramadan, Kebersihan dan Keceriaan.
Selain itu, MAIWP turut menyampaikan Watikah Pelantikan Ketua Amil dan Amil di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada tahun ini, MAIWP telah melantik seramai 880 orang Ketua Amil dan Amil bagi 73 Pusat Pungut Zakat di kawasan yang telah ditetapkan di seluruh Wilayah Persekutuan.

Kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan pada tahun 2018 bersamaan 1439H adalah sebanyak RM7.00 seorang diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dipengerusikan oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan.

Majlis Penyampaian Ihya’ Ramadhan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil dan Amil Zakat Fitrah Tahun 1439H/ 2018M telah diadakan di Plenary Hall, Putrajaya International, Convention Centre (Picc), Presint 5, 62000 Putrajaya dengan kehadiran seramai 1,000 orang Pengerusi-Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah dan Pentadbiran masjid-masjid, surau jumaat dan surau dan termasuk Ketua Amil dan Amil-amil di Wilayah Persekutuan serta pegawai dan kakitangan daripada MAIWP dan JAWI.

Semoga bantuan daripada MAIWP ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan Masjid dan Surau dalam memakmurkan Rumah Allah SWT dan diharapkan ketua amil dan amil-amil yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.

1.jpg10.jpg2.jpg3.jpg4.jpg5.jpg6.jpg7.jpg8.jpg9.jpgKECIK.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!