SMA-MAIWP MENCIPTA NAMA DALAM MAHRAJAN MEMANAH KEBANGSAAN 2018
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Pada 19-23 April 2018, bertempat di Lapangan Memanah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak, Terengganu telah diadakan Mahrajan Memanah Peringkat Kebangsaan Anjuran JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Mahrajan ini adalah yang pertama dipertandingkan di peringkat Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESSUMA). Sebanyak 11 buah negeri mengambil bahagian.
Majlis Pelepasan Kontinjen Memanah Wilayah Persekutuan telah diadakan di lobi aras 1 Bangunan PERKIM yang disempurnakan oleh Tn Haji Mohd Ajib B Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP. Beliau menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan dan busar panah sebagai gimik pelepasan kontinjen. Turut hadir sama TKPE (D), pengurus-pengurus bahagian dan kakitangan BPI.
Mahrajan ini bertujuan untuk mencungkil bakat serta membuktikan kemampuan sekolah-sekolah menengah agama dalam bidang memanah. Kontinjen daripada Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMA-MAIWP telah mempamerkan kesungguhan serta kemahiran yang tinggi. Wilayah Persekutuan berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan (lelaki dan wanita). 5 pingat emas, 3 perak dan 3 gangsa berjaya diraih serta sebuah piala pusingan bagi kategori keseluruhan wanita.
Majlis Penutup Mahrajan memanah ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Wan Ismail Sahaimi bin Haji Wan Omar, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.