IQRA’ METHODOLOGHY LONJAK PENGETAHUAN AL-QURAN GURU - GURU TADIKA ISLAM MAIWP

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs//berita/2018/02052018/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

kecik

24 April 2018 – Unit Prasekolah Bahagian Pembangunan Insan,MAIWP telah mengadakan Program PdPc (Pengajaran Dan Pemudahcaraan) Tilawah Al-Quran Kaedah Iqra’ Siri 1 bertempat di Dewan Jejantas,Bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur .

Program ini dirumus untuk berkongsi ilmu dan membantu guru-guru Al-Quran khasnya di Tadika Islam MAIWP untuk memahami dan mengaplikasikan kaedah cara cepat belajar membaca Al-Quran dengan menggunakan buku kaedah IQRA’ yang sebenar dan tepat, secara terus dari sumbernya iaitu Pusat IQRA’ Antarabangsa Malaysia yang diurus tadbir oleh Kumpulan Darul Fikir Sdn.Bhd dengan kerjasama Pusat IQRA’ Antarabangsa Indonesia iaitu Yayasan Tim Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla (AMM) As’ad Humam, Yogyakarta.

Program selama 3 hari ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Muhammad Furqon Bin Dr. Muhammad Djamil Rivanie Al-Hafiz yang merupakan Petugas Khas dari Pusat IQRA’ Yogyakarta, Indonesia dan juga merupakan murid kepada Almarhum Ustaz Haji As’ad Humam, pengasas kaedah IQRA’.

Seramai 49 orang guru telah berjaya menamatkan program untuk Siri 1 ini dan diharapkan program ini dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan Al-Quran di kalangan guru-guru serta melahirkan generasi Al-Quran melalui kaedah PdPc yang sebenar dan berkesan.

kecik.jpgWhatsApp Image 2018-04-24 at 09.10.08.jpegWhatsApp Image 2018-04-24 at 09.10.11.jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 08.58.19 (2).jpegWhatsApp Image 2018-04-25 at 08.58.21.jpegWhatsApp Image 2018-04-26 at 13.44.25.jpegWhatsApp Image 2018-04-26 at 17.28.09 (1).jpegWhatsApp Image 2018-04-26 at 17.28.11 (1).jpegWhatsApp Image 2018-04-26 at 17.28.12.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!