MAIWP KUKUHKAN BARISAN HADAPAN
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
20-22 Apr - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Perkhidmatan Kaunter Tahun 2018 di Amverton Heritage Resort, Melaka.
Bengkel ini bertujuan memperkasakan mutu perkhidmatan barisan hadapan bahagian- bahagian di MAIWP khusus nya bahagian Baitulmal yang merupakan bahagian utama mengagihkan zakat secara langsung kepada asnaf.
Antara pengisian bengkel ini adalah perkongsian dan pengalaman agensi luar dalam menangani masalah dan etika ketika berhadapan dengan pelanggan. Agensi yang terlibat adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tenaga Nasional Berhad
(TNB) dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka ( MAIM).
Dengan perkongsian ini diharapkan dapat membantu pegawai MAIWP dalam meningkatan fokus dan tumpuan ketika bertugas di kaunter dan diharapkan jua pegawai MAIWP sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan dan menjaga etika ketika menyantuni pelanggan khususnya golongan asnaf.