KEKUATAN AMIL KUNCI KUTIPAN ZAKAT OPTIMUM

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/BAITULMAL/2018/23042018/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

KECIK

23 Apr - Melalui Bahagian Baitulmal MAIWP telah menganjurkan Kursus Pengurusan Zakat Fitrah Tahun 2018M/1439H yang diadakan sebanyak 7 siri bermula 9 April dan berakhir pada 23 April 2018 bertempat Dewan Muslimin Masjid Wilayah Pesekutuan. Seramai 73 orang Ketua Amil dan 807 Amil di 73 Pusat Pungut Zakat yang terlibat dalam kursus ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Juson, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi ) MAIWP, Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan ) MAIWP, Encik Zahed bin Saidin. 

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta berkenaan peranan dan tanggungjawab amil dalam urusan pungutan zakat fitrah. Selain itu, ianya juga memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pengurusan kewangan dan masa. Di samping, menjadikan amil sebagai pelengkap kepada MAIWP dalam melaksanakan dasar-dasar MAIWP.

Baitulmal MAIWP telah menjemput wakil daripada Bahagian Kewangan, Unit Audit Dalam dan Bahagian Baitulmal sendiri untuk menyampaikan taklimat dan pendedahan kepada peserta-peserta tentang Pengurusan Zakat Fitrah yang dianjurkan.

sejajar itu, selaras dengan harapan MAIWP agar kutipan zakat fitrah pada tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

1.jpeg2.jpeg3.jpeg4.jpeg5.jpeg6.jpegKECIK.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!