KARNIVAL SUKAN CERIAKAN ANAK-ANAK TADIKA ISLAM MAIWP PUTRAJAYA
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
18 April – Majlis Perasmian Karnival Sukan Tadika Islam MAIWP telah diadakan di Gelanggang Futsal Perbadanan Putrajaya, Presint 18. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Turut hadir ialah Pn. Wan Maizatun binti Wan Hassan, Pengurus MAIWP Cawangan Putrajaya.
Pengerusi Tadika-tadika Islam MAIWP, Pegawai-pegawai dan Ketua-ketua guru MAIWP, ibu bapa dan pelajar-pelajar Tadika Islam. Seramai hampir 1,000 orang termasuk pelajar telah hadir untuk memeriahkan hari pertama karnival sukan ini.
Karnival Sukan ini dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula 18 hingga 19 April 2018. Kesemua tujuh buah Tadika Islam MAIWP di Putrajaya terlibat dengan penyertaan kesemua 901 orang pelajar-pelajarnya. Objektif utamanya ialah untuk memupuk semangat kesukanan dikalangan murid, melahirkan melahirkan yang sihat dan cergas serta merapatkan hubungan dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.
Sebanyak lapan acara dipertandingkan antaranya ialah lari berhalangan, menarik bola dengan gelung, membina menara,larian obor, mahkota dewa, telur labah-labah dan sebagainya. Kesemua pelajar diraikan dengan pingat dan hadiah iringan. Cabutan bertuah untuk ibu bapa yang hadir memberikan sokongan juga tutut diadakan.
Semua yang terlibat terutamanya anak-anak Tadika Islam yang hadir dilihat sangat bersemangat dan ceria sepanjang karnival ini berlangsung. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya kepada guru-guru, Perbadanan Putrajaya, pihak penyumbang dan ibu bapa. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.