ANAK ASNAF CEMERLANG DIRAIKAN

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/BAITULMAL/2018/05042018/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

KECIK

5 April – Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tahun 2017 diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang menerima bantuan zakat daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan telah menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.

Seramai 391 orang pelajar telah terpilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Baitulmal MAIWP. Mereka menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah antara RM150 hingga RM500 mengikut peringkat peperiksaan masing-masing berjumlah keseluruhan RM103,800.00

Bantuan yang diberikan adalah daripada dana zakat yang diterima daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Dana zakat dimanfaatkan oleh MAIWP menerusi pelbagai program agihan antaranya menerusi 28 skim agihan zakat. Bagi bantuan zakat di bawah aspek pendidikan, sebanyak 9 skim agihan zakat disediakan bermula daripada peringkat sekolah sehingga peringkat pengajian tinggi.

Bagi tahun 2018 ini, MAIWP telah membantu seramai 17,597 orang pelajar di sekolah rendah dan menengah menerusi Bantuan Am Persekolahan dengan jumlah perbelanjaan zakat sebanyak RM8.43 juta. MAIWP juga telah memperuntukan sebanyak RM25.2 juta bagi Bantuan Persediaan IPT, Bantuan AM Pelajaran IPT dan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara.

Selain itu juga, MAIWP turut melancarkan permohonan Bantuan Zakat melalui online bagi memudahkan orang ramai berurusan tanpa hadir ke ibu pejabat.

000_1580.jpg000_1659.jpg000_1674.jpg000_1683.jpg000_1703.jpg000_1729.jpg000_1743.jpgDEL_6475.jpgDEL_6479.jpgDEL_6522.jpgDEL_6526.jpgKECIK.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!