ANUGERAH PEKHIDMAT CEMERLANG MAIWP

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs//berita/2018/170042018/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

kecik

17 Apr. – Seramai 88 orang pekhidmat MAIWP telah menerima Anugerah Pekhidmat Cemerlang MAIWP yang diadakan di Dewan Dr Siti Hasmah Kuala Lumpur.

Majlis yang disambut meriah itu telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (BPI) JAKIM mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi MAIWP. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pekhidmat MAIWP yang telah menerima anugerah ini. “Harapan saya agar anugerah berkenaan menjadi pembakar semangat kepada penerima untuk mempertingkatkan lagi prestasi kerja dan mutu penyampaian perkhidmatan awam di MAIWP. Bagi mereka yang tidak terpilih, tidak bermakna tidak cemerlang, masing-masing telah memberikan yang terbaik kepada MAIWP, Cuma untuk kali ini mereka belum terpilih dan jadikan ia sebagai panduan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan agar ia sesuai dengan keperluan semasa,” katanya ketika ucapan perasmian.

Selain anugerah tersebut MAIWP turut menyampaikan anugerah khas kepada 8 orang pekhidmat MAIWP yang telah berkhidmat selama 25 tahun. Ini adalah sebagai satu anugerah khas yang julung kali diperkenalkan dan ia sebagai penghargaan khusus kepada warga MAIWP yang setia berkhidmat di MAIWP.

Selain APC MAIWP turut meraikan semua kakitangan dengan pelbagai lagi anugerah. Antaranya menganugerahkan dengan sijil penghargaan dan anugerah pekhidmat berpotensi bulanan. Anugerah-anugerah ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi semangat kerja yang tinggi di kalangan pekhidmat MAIWP.

apc 4.jpgapc.jpgapc1.jpgapc2.jpgapc3.JPGDEL_6800.JPGDEL_6813.JPGDEL_6865.JPGIMG_20180417_105701.jpgIMG_20180417_105838.jpgIMG_20180417_110051.jpgIMG_20180417_120846.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!