EKSA PERDANA MAIWP
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
14 Apr. – Hari cuti adalah masa yang seronok untuk bersama-sama dengan keluarga. Namun bagi MAIWP kesempatan itu diambil untuk mengerah tenaga mencantikkan kawasan sekitar tempat kerja dengan melancarkan EKSA Perdana peringkat MAIWP 2018.
Majlis yang diadakan di Dewan Seminar Bangunan PERKIM Kuala Lumpur itu telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Zahed bin Saidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP. Dalam ucapannya MAIWP bersedia pada bila-bila masa seandainya semua zon telah bersedia untuk dinilai oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Pihak pengurusan atasan bergerak dari zon ke zon untuk meneliti tahap keperluan setiap zon terutama bagi mengenalpasti samada setiap zon telah mengikut standard yang dikeluarkan oleh MAMPU. Majlis berakhir di Bangunan PERKIM iaitu di Ibu Pejabat MAIWP.
Sebelum ini beberapa siri pengauditan dalaman EKSA telah dilaksanakan. Secara keseluruhannya dari semasa kesemasa amalan EKSA telah berjalan dengan jayanya. Walau bagaimanpun ia masih belum mencapai standard penilaian EKSA yang ditetapkan oleh MAMPU. Perlu mempertingkatkan kesedaran di kalangan warga MAIWP kerana masih terdapat segelintir warganya yang kurang peka dengan kepentingan EKSA.
Semoga dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan akan membuahkan hasil dengan mencapai EKSA cemerlang satu masa nanti. Ini juga membantu pengurusan kerja yang lebih bersistematik dan terancang.