BAITULMAL BERGANDING BAHU BERSAMA NGO

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/BAITULMAL/2018/21032018/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

KECIK

21 Mac – Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Tahun 2018 telah diadakan di Kompleks Islam Putrajaya. Majlis ini diadakan bagi meraikan usaha ke arah tranformasi Negara, usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) baik dari bidang dakwah, pendidikan, penyatuan ummah dan sosial tidak dapat dinafikan peranan, manfaat yang diterima kepada umat Islam secara khusus, bahkan kepada masyarakat Malaysia secara keseluruhnnya.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dasuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan menyampaikan mock cek sebanyak RM3.5 juta untuk disalurkan kepada 36 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan dan Institusi Pendidikan adalah salah satu bantuan daripada 28 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Menerusi skim bantuan ini, MAIWP membantu Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di Wilayah Persekutuan dengan menyalurkan dana zakat untuk melaksanakan aktiviti dakwah dan kebajikan.

Bantuan yang disalurkan juga adalah merupakan salah satu usaha MAIWP bagi memastikan segala perlaksanaan program dakwah yang telah dirancang oleh sesebuah Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) atau institusi pendidikan berjalan lancar dalam meningkatkan syiar Islam dikalangan masyarakat.

1.jpg2.jpg3.jpg4.jpg5.jpgKECIK.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!