PELAJAR PONDOK CATAT KEPUTUSAN CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs//berita/2018/19032018-1/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

kecik

15 Mac 2018 – Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, dengan pencapaian 3 orang pelajar mendapat 8A, 21 orang pelajar mendapat 7A, 8 orang pelajar mendapat 6A manakala 14 orang pelajar mendapat 5A.

Majlis penyerahan keputusan SPM 2017 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Berdasarkan analisis, pencapaian gred purata sekolah dalam peperiksaan pada kali ini adalah lebih memberangsangkan berbanding tahun lalu, iaitu 3.80 (tahun 2016) kepada 2.87 (tahun 2017).

Dengan jumlah keseluruhan calon seramai 98 orang, PMA mencapai 99.63 peratus lulus dan hal ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana calon-calon pada kali ini merupakan kumpulan kedua yang menduduki SPM sejak awal 3 tahun penubuhan pondok.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah berusaha dengan tekun untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Harapan warga pendidik, semoga para pelajar teruskan menuntut ilmu dan memantapkan diri untuk menjadi faqih dalam bidang agama suatu hari nanti.

28576008_565494537147697_4590967809391799229_n.jpg29196300_570318749998609_7957370838874913860_n.jpg29196921_570318796665271_1123184771198680604_n.jpg29213813_570318739998610_8582583024557393114_n.jpg29216646_570318773331940_3111319529135950388_n.jpg29243989_570318869998597_3835236447207636275_n.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!