MINGGU AKADEMIK PONDOK MODEN BERLANGSUNG MERIAH
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
14 Mac 2018 – Bertempat di Dewan Besar Darul Kifayah, telah berlangsung Majlis Penutupan Minggu Akademik Pondok Moden Al-‘Abaqirah bagi tahun 2018.
Acara-acara yang dipertandingkan bermula 26 hingga 28 Februari lalu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada kalangan pelajar. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Al-Sheikh Al-Mudir Ustaz Muhammad Al-Zubair bin Abdul Samad.
Penglibatan para pelajar dalam acara-acara yang dipertandingkan seperti syarahan (bahasa Melayu, bahasa Arab, bahasa Inggeris), bahas Ala Parlimen, pertandingan rubic cube, mencipta roket dan sebagainya diharap dapat menambah ilmu baharu kepada para peserta selain ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah.
Hal ini secara tidak langsung dapat mengasah bakat para peserta untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Harapan warga pendidik, semoga acara-acara sebegini dapat dilangsungkan lagi pada tahun akan datang dengan lebih baik.