SPM 2017 CEMERLANG
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SMP) Tahun 2017 yang diumumkan pada 15 Mac 2018 menyaksikan institusi pendidikan di bawah MAIWP mencatatkan keputusan yang memberangsangkan.
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz atau SMISTA telah mengekalkan pencapaian lulus 100%. Dengan jumlah calon seramai 51 orang, SMISTA mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.61 sekaligus meletakkannya dalam Senarai 10 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Terbaik Seluruh Malaysia.
Sementara itu, Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan GPS iaitu dari 2.85 pada tahun 2016 kepada 2.66. Jumlah pelajarnya yang mendapat kesemua 11 A juga meningkat kepada 4 orang berbanding 3 orang pada tahun 2016. Sekolah ini yang mempunyai 107 orang calon turut mencatatkan peratusan lulus 100%.
Manakala di Labuan, Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan turut memperlihatkan peningkatan GPS dari 3.87 pada tahun 2016 kepada 3.51. Dengan jumlah calon seramai 44 orang, SMA-MAIWP Labuan berada di kedudukan kedua terbaik daripada 10 buah sekolah menengah di seluruh Labuan.
Sebuah lagi institusi pendidikan di bawah MAIWP iaitu Pondok Moden Al-A’baqirah turut mencatatkan peningkatan. Jumlah pelajar yang mendapat kesemua A bagi lapan subjek yang diambil bertambah kepada 3 orang berbanding seorang pada tahun 2016. Seramai 98 orang pelajarnya menduduki SPM pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan GPS daripada 3.80 kepada 2.87.
Inilah hasil manfaat daripada dana zakat yang diterima daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Dengan zakat yang dibayar, generasi muda menerima pendidikan yang berkualiti ke arah membentuk masa hadapan mereka yang cerah.
Terima kasih pembayar zakat.