PROGRAM LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR (HKL) BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL KIFAYAH 2018
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Pada 11 Mac 2018 - Kompleks Darul Kifayah telah menerima jemputan daripada Hospital Kuala Lumpur untuk melaksanakan Program Ukhwah Sempena Hari Pembantu Perubatan Peringkat HKL yang terdiri daripada kakitangan HKL dan juga Anak-anak Yatim Darul Kifayah. Program tersebut bertempat di Dewan Utama Darul Kifayah MAIWP.
Objektif bagi program tersebut adalah bagi memberikan pendedahan berkaitan cara-cara pertolongan cemas ketika berlaku kecemasan. Selain itu, program ini juga bermanfaat kerana mengenalkan item-item perubatan kepada Anak-anak Yatim dan juga mengajarkan cara penggunaannya.
Pihak Darul Kifayah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberikan peluang kepada anak-anak yatim dalam menjayakan program tersebut.