PROGRAM MOTIVASI (AIM) BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL KIFAYAH
Pada 09-11 Mac 2018 - Kompleks Darul Kifayah telah menerima jemputan daripada Universiti Malaya untuk melaksanakan program berbentuk ilmiah iaitu Aim, Inspire & Motivare (AIM) yang terdiri daripada pelajar-pelajar UM dan juga Anak-anak Yatim Darul Kifayah. Program tersebut bertempat di Dewan Utama Darul Kifayah MAIWP.
Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan motivasi kepada golongan anak yatim mengenai kepentingan menuntut ilum tanpa mengabaikan aspek moral dan jati diri. Di samping itu, program ini bermatlamat untuk membina semangat baru dan menyalurkan dorongan kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti anak yang lain.
Pihak Darul Kifayah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberikan peluang kepada anak-anak yatim dalam menjayakan program tersebut.