BAITULMAL PERKASAKAN PENERIMA BANTUAN PERNIAGAAN

Saiz Tulisan :

kecik

Kursus Asas Perniagaan Usahawan Baitulmal 2018 telah diadakan pada 7 dan 8 Mac di Tingkat 1 Dewan Seminar, Bangunan PERKIM. Kursus ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Baitulma MAIWP bagi penerima bantuan perniagaan Baitulmal MAIWP baru dan sedia ada.

Seramai 50 orang peserta menyertai kursus pada kali ini melibatkan usahawan yang terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan seperti makanan, pakaian, jahitan dan komestik.

Kursus Asas Perniagaan telah dilantik oleh PQA Konsultan Sdn Bhd bagi memfokuskan kepada beberapa aspek iaitu kepentingan pengurusan kewangan yang baik, pelaksanan teori dan praktikal dalam urus tadbir aliran wang tunai.

Majlis Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh En. Ahmad Talmizi bin Yahya, Timbalan Pengurus Bahagian Baitulmal. Dalam ucapannya, berharap penerima –penerima dapat menggunakan duit yang terima sebaik mungkin. Dana yang diterima itu adalah amanah dari pembayar-pembayar zakat yang ingin melihat asnaf-asnaf berjaya dalam bidang perniagaan.

Dengan adanya, Kursus Asas Perniagaan ini diharapkan para penerima dapat memanfaatkan bantuan yang telah disalurkan seterusnya menjadi salah seorang pembayar zakat

28782663_956697901175684_627198617365961257_n.jpg28783128_956698011175673_3331027842575952912_n.jpg28783501_956697877842353_4856354814837470349_n.jpg28783616_956697957842345_5357869286229272671_n.jpg28795296_956698037842337_269657054577677761_n.jpg28870393_956698064509001_8246971402405726717_n.jpg28872112_956698094508998_5290468645330331435_n.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!