BAITULMAL GALAKAN PENGHAFAZ AL-QURAN
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
11 Mac – Al-Quran merupakan mukjizat teragung untuk dipelajari, dijadikan panduan dan diamalkan seluruh umat manusia kerana ia lebih tinggi daripada apa yang dibayangkan oleh manusia.
Oleh itu, sebagai tanda keprihatian dan tanggungjawab MAIWP dalam memartabatkan Al-Quran, MAIWP saban tahun akan mengadakan Majlis Perujian Tasmi’ Hafazan Al-Quran Baitulmal MAIWP. Pada tahun 2018, majlis ini telah berjaya mengumpulkan seramai 495 orang peserta yang diadakan di Dewan Utama Masjid Wilayah Persekutuan.
Tujuan Perujian Tasmi Hafazan Al-Quran adalah untuk memberikan galakan kepada menghafaz Al-Quran di Wilayah Persekutuan. Ianya adalah merupakan komitmen berterusan MAIWP dalam memelihara kesucian Al-Quran.
Seramai 30 orang panel temuduga yang bertauliah dialntik bagi menilai dari segi pemarkahan perujian tasmi’ Al-Quran.
Salah seorang peserta yang ditemui mengucapkan terima kasih atas usaha MAIWP menganjurkan program sebegini. Beliau amat berharap program-program sebegini akan terus dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan dorongan kepada orang ramai selain memberi imbuhan kewangan kepada mereka.