INOVASI TINGKATKAN KUALITI
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
6 Mac – Majlis Penutup Hari Inovasi dan Perhimpunan MAIWP MAC 2018 telah diadakan di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM Kuala Lumpur.
Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP itu disambut sederhana sesuai dengan langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh jabatan kerajaan kini. Walau bagaimanapun ia sedikit pun tidak menjejaskan majlis yang berlangsung bahkan kelihatan sangat natural.
Menurut YBhg. Dato’KPE, program inovasi ini wajar diteruskan kerana ia memberikan impak yang amat baik kepada semua penjawat awam. Hal ini kerana mereka yang terlibat akan sentiasa membawa pemikiran yang baru untuk dijadikan alat ukur dalam meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Dalam majlis tersebut beliau mengucapkan tahniah kerana MAIWP TV yang memaparkan aktiviti MAIWP mendapat pujian semua pihak.Pada majlis tersebut turut diadakan taklimat ringkas dari Hospital PUSRAWI MAIWP berkaitan dengan penyakit kanser yang disampaikan oleh DR. Razlan Abu Bakar. Selain itu, beberapa penyampaian turut diadakan antara penyampaian Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB), sijil EKSA, dan hadiah KIK kepda kumpulan yang menyertainya.