HARI INOVASI MAIWP
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
6 Mac – Hari Inovasi MAIWP yang bertemakan “Space” telah berjalan selama dua hari bermula 5 Mac hingga 6 Mac 2018. Seramai 10 kumpulan KIK telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ir.Abdul Karim bin Mohamed @ Ismail, Pengurus Pembangunan dan Pelaburan yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP. Pada majlis tersebut beliau mengharapkan agar kumpulan KIK MAIWP yang menang dalam pertandingan ini dapat pula menang di peringkat JPM nanti.
Para juri yang terlibat dalam pertandingan ini ialah Puan Noor Diana Hayati binti Kamudin, dari Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan dan Muhammad Haziq bin Abdul rahim, dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kumpulan yang bertanding adalah
1. Irsyadi
2. All Star
3. Ignite
4. Meriel
5. Sinergi
6. As Saff
7. Syatir
8. Evo PUSRAWI
9. Abqari
10. Mumtaz
Pada hari tersebut terdapat beberapa aktiviti diadakan antaranya ialah Kuiz Inovasi, Roda Impian, Tower Has Fallen dan Rubic Cube. Selain itu, terdapat juga foto booth berlatarbelakangkan kejayaan-kejayaan MAIWP sepanjang MAIWP menyertai KIK ini. Pada hari ke-2 pula adalah merupakan Majlis Perasmian Penutup Hari Inovasi MAIWP 2018. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Pada majlis tersebut beliau berpesan agar inovasi harus diteruskan agar kita dapat memperbaiki kelemahan dalam perkhidmatan. Dalam pada masa yang sama idea-idea baharu dapat dikembangkan kerana mereka yang terlibat dengan kik sentiasa mencari pembaharuan untuk diketengahkan. Menurut YBhg. Dato’KPE MAIWP, kesungguhan para peserta menampilkan pelbagai idea harus diberikan pujian.
“Saya mengharapkan agar para pemenang yang mewakili MAIWP ini akan membawa MAIWP sekali lagi menjadi juara pada pertandingan akan datang”katanya ketika berucap. Pemenang KIK MAIWP 2018 kali ini telah dimenangi oleh kumpulan Sinergi dari Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP). Mereka juga turut menerima persembahan kumpulan terbaik kali ini. Pemenang ke-2 pula dimenangi oleh Irsyadi yang terdiri dari Bahagian Baitulmal. Manakala pemenang tempat ke-3 pula telah dimenangi oleh kumpulan Mumtaz dari MAIWP Cawangan Labuan. Johan RM2,000, sijil dan piala pusingan plus persembahan terbaik KIK 2018 RM500 Naib Johan RM 1,500 dan sijil Tempat ke-3 RM1,000 dan sijil