DARUL KIFAYAH MENYERTAI PROJEK KEBAJIKAN ANAK YATIM
Pada 04 Mac 2018 - Kompleks Darul Kifayah telah menerima jemputan daripada Pelajar Universiti Malaya untuk Projek Kebajikan Anak-anak Yatim seramai 10 orang. Program tersebut bertempat di Kolej Kediaman Dayasari, Universiti Malaya.
Objektif bagi program tersebut adalah bagi memberikan pendedahan berkaitan ilmu sains dan sebagainya. Selain itu, program tersebut dapat memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan.
Pihak Darul Kifayah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberikan peluang kepada anak-anak yatim dalam menjayakan program tersebut.
Memacu Kegemilangan Ummah