LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pada 02 hingga 03 Mac 2018 - Kompleks Darul Kifayah telah menjemput Pegawai Bomba daripada Balai Bomba Gombak Selatan bagi mengadakan Seminar dan Latihan Pencegahan Kebakaran di Darul Kifayah bersama dengan Pondok Moden Al-‘Abaqirah serta penghuni kuarters Darul Kifayah dan juga kakitangan Unit Pembersihan dan Unit Pengawal Keselamatan.
Objektif bagi program tersebut adalah bagi memberikan kepada semua yang terlibat tentang cara-cara menghadapi situasi cemas seperti kebakaran di dalam bangunan yang diduduki. Selain itu, program tersebut dapat memupuk semangat kerjasama dan bantu-membantu dalam apa jua situasi.
Pihak Darul Kifayah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberikan komitment yang baik dalam menjayakan program tersebut. Semoga program sedemikian dapat dilaksanakan sekali setiap tahun bagi mengingatkan bahawa pentingnya ilmu dalam menghadapi situasi yang cemas.