KEMBARA ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2018

Saiz Tulisan :

kecik

4 Mac – Pada hari ini MAIWP telah mengadakan Kembara Zakat Wilayah Persekutuan. Program ini adalah julung kalinya diadakan bagi memperhebatkan usaha untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang usaha MAIWP dalam melaksanakan amanah para pembayar zakat iaitu dengan mengagihkan zakat kepada golongan yang memerlukan.

Pelbagai aktiviti dan program agihan zakat telah dilaksanakan oleh MAIWP samada menerusi 28 skim bantuan dan agihan-agihan secara tidak langsung yang mana perkara ini perlu sentiasa diwarwar dan dihebahkan. Oleh itu program Kembara Zakat ini dilihat sebagai salah satu platform untuk memperbetulkan salah tanggap dan persepsi negatif terhadap pengurusan agihan zakat khususnya di Wilayah Persekutuan ini.

Menerusi program Kembara Zakat, konvoi ini bergerak ke 5 kawasan Parlimen. Konvoi disertai kenderaan penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP iaitu yang menerima Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi diiringi dengan motorsikal berkuasa tinggi daripada Kelab MAIWP Bikers.

Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan dan pelepasan konvoi bermula di ibu pejabat MAIWP di Bangunan PERKIM diikuti ke 5 buah kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan dimulai dengan Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai. Di setiap kawasan yang dilawati, MAIWP akan menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf di kawasan tersebut.

Turut disampaikan mok cek mewakili peruntukan tahun 2018 bagi beberapa skim bantuan zakat Baitulmal MAIWP iaitu Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM86.86 juta, Bantuan Perubatan sebanyak RM23.84 juta dan Bantuan Pendidikan sebanyak RM86.94 juta yang disampaikan di parlimen terakhir yang dilawati iaitu di Lembah Pantai.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!